Skip to main content

Bola Sepak

'Apa yang kami dapat maklumat secara tidak rasmi, jika rayuan itu berjaya, pemain dan FAM...'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, menjelaskan dua sudut pandangan secara tidak rasmi berkemungkinan berlaku berhubung rayuan yang dilakukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Terdahulu, CAS membenarkan permohonan penangguhan sementara hukuman penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan FIFA terhadap Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang dilaporkan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berhubung kesalahan pemalsuan dokumen.

Advertisement

"Apa yang kami dapat maklumat secara tidak rasmi, jika rayuan itu berjaya, pemain dan FAM berjaya untuk menang kes ini maka penggantungan itu kebiasaannya akan tamat serta-merta dan pemain boleh beraksi buat kelab, itu pertama.

"Dan jika pemain dan persatuan gagal, maka CAS boleh juga keluarkan keputusan sambung hukuman penggantungan kerana gagal menang kes itu.

 

 

 

"Tetapi apa yang kami terima maklumat apabila pemain menang, mereka hanya merayu untuk kurangkan penggantungan, itu sahaja.

"Jika menang maka esok dia boleh beraksi. Jika saya peguam pemain, daripada sudut itu saya akan merayu ke CAS bermakna pemain tidak terlibat secara langsung dalam apan yang dituduh FIFA." katanya.

 

Must Watch Video