Skip to main content

Bola Sepak

'Apa yang berlaku kepada Cklamovski, Pan-gon beri kesan besar walau terpalit isu yang...'

ss

'Nama besar, berpengaruh dan ada pengalaman di pentas Asia'

Itu antara kriteria yang wajib ada bagi seorang pengendali jika mahu mengisi 'kerusi panas' ketua jurulatih Malaysia selepas ditinggalkan Peter Clamovski minggu lalu.

Namun, dengan berbaki dua kejohanan di peringkat Asia Tenggara melibatkan Piala Hyundai dan Piala FIFA ASEAN, jurulatih tempatan dilihat sudah memadai buat  waktu ini agar proses pemilihan tidak berlaku secara tangkap muat.

Penelitian perlu dilakukan agar tiada lagi isu berlarutan malah apa yang berlaku melibatkan dua bekas ketua jurulatih negara sebelum ini sewajarnya dijadikan contoh agar ia tidak berulang lagi.

Pemerhati bola sepak tempatan, Asmawi Bakiri, melontarkan pandangan bahawa terdapat tiga kriteria yang wajar ada pada bakal jurulatih Harimau Malaya yang baru.

Nama besar, berpengaruh dan memiliki pengalaman melibatkan bola sepak di pentas Asia adalah perkara wajib yang boleh dijadikan sebagai markah penuh sebelum digelar pengendali skuad kebangsaan.

"Peter dan Kim Pan-gon dua peranan yang saya anggap sebagai figura nama besar di pentas Asia, kedua-dua jurulatih ini sangat berbeza daripada segi pengaruh dan dapatkan pemain atau menyusun strategi pasukan itu sendiri.

"Kita tidak nafikan apa yang telah berlaku kepada kedua-dua jurulatih ini (Cklamovski dan Pan-gon) cukup memberikan kesan besar walaupun terpalit dengan isu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Untuk dapatkan kembali nama besar, saya tak pasti apa penilaian FAM untuk susun kembali skuad negara atau untuk dapatkan ketua jurulatih lebih besar seperti dua nama terdahulu ini," katanya.

Walau bagaimanpun, hal itu tidak perlu berlaku dengan tergesa gesa.

Malah keperluan skuad negara untuk menerima ketua jurulatih yang baru menjelang dua kejohanan penting hujung tahun ini masih boleh digalas bekas jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, meskipun sehingga saat ini Namanya belum diumumkan secara rasmi lagi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Senarai dua jurulatih terakhir sebelum Peter dan Pan-gon, saya tak dapat nafikan keperluaan Tan Cheng Hoe boleh diguna pakai.

"Penilaian perlu berhati-hati dan lebih tersusun." ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video