'Apa saja keputusan demi kebaikan bola sepak Malaysia, saya ikut'
Itu kenyataan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, yang terbuka untuk menerima segala keputusan dalam mesyuarat khas Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dijadualkan berlangsung esok.
Advertisement
Dia percaya matlamat utama pucuk pimpinan ketika ini adalah untuk memastikan badan induk bola sepak negara itu tidak berdepan hukuman berat daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) termasuklah penggantungan.
Rosmasi menjelaskan dirinya dan barisan exco memikul tanggungjawab yang cukup besar dalam memastikan kelangsungan bola sepak negara di pentas antarabangsa.
Meskipun berdepan situasi sukar susulan kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau alaya, dia menegaskan semua pihak dalam FAM ketika ini sedang dalam usaha mencari jalan penyelesaian terbaik.
Terdahulu, Pemangku Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, memaklumkan barisan exco sedia melepaskan jawatan secara kolektif jika itu pilihan terbaik demi selamatkan bola sepak negara.
"Kita tunggu mesyuarat exco dalam masa terdekat, saya berharap apa pun keputusan adalah keputusan terbaik buat FAM dan bola sepak Malaysia.
"Secara peribadi jika keputusan perbincangan yang akan diadakan untuk kebaikan bola sepak negara, saya akan ikut.
"Kerana saya di sini untuk berkhidmat, jadi apa yang terbaik saya akan ikut." katanya.