Program Astro Arena iaitu Bola Itu Life (BIL) edisi "This is PERSIB Bandung!" | Bola itu Life Experience berjaya menjuarai Anugerah Seri Angkasa (ASA) kategori Rancangan Sukan TV Terbaik yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Pengacara, Faiz Gurun dan Keesh 'Mat Stats' yang bertandang ke Bandung, Indonesia merasai sendiri pengalaman budaya bola sepak negara jiran itu ketika Persib Bandung menjuarai Liga 1 Indonesia di bawah kendalian Bojan Hodak tahun lalu.
Terima kasih di atas sokongan semua peminat bola sepak tanah air yang menonton Bola Itu Lifa dan terus saksikan dengan kupasan-kupasan pada setiap hari Khamis di saluran Stadium Astro (802) jam 9 malam!
Syabas dan Tahniah!