Skip to main content

Sukan Lain

Anugerah SAM 100Plus 2025: Lima atlet negara rebut anugerah terbaik

SAM

Juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, merupakan sandaran terbesar merebut Anugerah Atlet Terbaik menjelang Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2025 yang akan berlangsung di Courtyard by Marriott, Kuala Lumpur 13 Mei ini.

Gandingan beregu campuran negara itu menerima tentangan sengit daripada jaguh wushu kebangsaan, Tan Cheong Min, selepas memenangi tiga pingat emas dalam Kejuaaraan Dunia di Brazil Ogos tahun lalu.

Advertisement

Selain itu, Emma Firyana Saroji selaku juara Piala Dunia Boling Padang turut disenarai pendek termasuk Muhd Rafiq Ismail (tenpin boling) yang meraih emas dalam acara berpasukan lelaki di Piala Dunia IBF di Hong Kong dan Mohd Abdul Latif Maxzakir (pencak silat).

Sementara itu, tiga paralimpian, Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (para badminton) dan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga) antara lima atlet para yang disenarai pendek bagi merebut anugerah Atlet Para Terbaik 2025.

Untuk rekod, Nur Farah Ain Abdullah merupakan pemenang tahu lalu sementara Bonnie Bunyau memenangi kategori para.

Must Watch Video