Skip to main content

Berita Sukan Am

Anugerah SAM 100PLUS 2025: Astro Arena pertahan Anugerah Siebel dua tahun berturut-turut

aeae

Astro Arena terus membuktikan kualiti selaku pengeluar berita terbaik buat masyarakat Malaysia apabila meneruskan dominasi dalam Anugerah SAM 100PLUS 2025 yang berlangsung di ibu kota, hari ini.

Anugerah utama yang menjadi rebutan setiap tahun iaitu Anugerah Siebel menjadi milik penerbit dan Editor Astro Arena, Rizal Hashim, menerusi Artikel  bertajuk "Bagaimana seorang pemegang pasport British menyarung jersi Harimau Malaya" yang tersiar di laman Stadium Astro sebelum ini.

Advertisement

Artikel itu terlebih dahulu meraih kemenangan menerusi Laporan Khas Terbaik menewaskan pencabar lain.

 

Turut mencuri tumpuan adalah pemenang Anugerah Siebal 2024, Fina Nasrom, sekali lagi memenangi Laporan Berita Terbaik Media Elektronik.

Tidak terhenti di situ, Anugerah Pengulas Sukan Popular turut menjadi milik pengulas Astro Arena,  Izwan Mohd Nor, yang pertama kali tercalon dalam anugerah itu.

Must Watch Video