Badang negara, Aniq Kasdan, sekali lagi terpaksa melupakan saingan di pentas Sukan Asia merujuk kepada keperluannya bagi mempersiapkan diri menjelang Kejohanan Dunia yang berlangsung di China, yang juga merupakan siri kelayakan ke Sukan Olimpik pertama.
Keputusan ini di ambil seminggu selepas pulang dari Sukan Komanwel Glasgow, dan ia mengulangi keputusan hampir sama empat tahun lalu apabila terpaksa melupakan pentas Sukan Asia Hangzhou atas sebab yang sama.
"Keputusan itu dilakukan seminggu selepas pulang dari Sukan Komanwel, kerana sebelum itu saya cedera bahagian tricep, jadi saya tak mahu ambil risiko untuk cedera lagi.
"Kerana jika ke Sukan Asia saya perlu beraksi dalam kategori 60kg, kelayakan Olimpik 65kg, jadi saya fokus terus ke Sukan Olimpik," katanya.
Badang negara, Aniq Kasdan terpaksa tarik diri dari Sukan Asia 2026.
Keputusan di buat demi mengutamakan Kelayakan Olimpik LA2028 pertama yang akan berlangsung di China pada 27 Oktober - 8 Nov depan.
Perbezaan kategori di Sukan Asia dan Olimpik juga antara pertimbangan Aniq… pic.twitter.com/Iy8noxlOGG— FinaNasrom (@fnasrom) September 2, 2026
Tambah Aniq, seandainya dia meneruskan hasrat beraksi di pentas Sukan Asia, dia bakal berhadapan dengan risiko kecederaan kerana perlu bersaing bagi kategori 60 kilogram, manakala di pentas kelayakan Sukan Olimpik hanya menawarkan acara 65 kilogram
"Jika saya tarik diri saya ada kelebihan naik kategori ke 65kg, jadi jika beraksi di pentas Asia saya perlu turunkan berat dan risiko cedera tinggi.
"Walaupun dalam laporan doctor katakana saya boleh, saya korbankan dahulu Sukan Asia, sudah dua kali untuk beri laluan ke kelayakan Olimpik." tambahnya.
Masa terlalu suntuk buat Aniq, namun dia sudah membuat keputusan, dan kini perlu mengutamakan kejohanan yang menawarkan acara 65 kilogram sebagai fokus untuk sekali lagi layak ke Sukan Olimpik bagi menebus kehampaan tewas tipis dalam edisi di Paris 2024.