Skip to main content

Advertisement

Angkat Berat

Aniq Kasdan peminat setia Ratu Rock Ella

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aniq

Aniq Kasdan -- Olimpian yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 di Birmingham juga Olahragawan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dua edisi berturut-turut. Pencapaian anak muda berusia 24 tahun yang juga merupakan penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tidak boleh disangkal lagi.

Tahun ini satu lagi tahun yang sibuk buat dirinya, dengan persiapan untuk layak ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dan Temasya Olimpik Los Angeles (LA) 2028 kini menjadi sasaran.

Advertisement

Ketika berjumpa dengannya di studio Nadi Weekend pada Sabtu lalu, kebetulan hari itu adalah hari yang sama dengan konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen Ella”.

“Eh tak jem ke nak datang sini (Astro, Bukit Jalil) tadi Aniq?”, pembuka bicara sebelum siaran langsung kami bermula.

“Jem juga, dekat area Casa (Majlis Sukan Negara - MSN) pun ada kereta parking”, ujarnya tentang peminat yang membanjiri konsert Ella.

“So Aniq tak pergi la konsert tu?”

“Tak pergi, tapi tadi sempat beli T-Shirt Ella”, katanya tersenyum.

Wah Aniq, minat betul dengan Ratu Rock ye sampai beli merchandise dia.

Untuk pengetahun semua, Aniq seorang yang sempoi sangat. Senang nak buat kawan lah senang cerita. Harap tahun ini semua urusan Aniq dipermudahkan ya mana tau, Ella is watching!

Must Watch Video