Skip to main content

Angkat Berat

Angkat berat rayu dipertandingkan dalam MSSM

aa

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memohon kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar sukan itu disenaraikan sebagai salah satu daripada acara rasmi dalam kalendar pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Sukan angkat berat kini di landasan positif apabila menutup tirai Sukan Komanwel Glasgow menerusi pencapaian lima pingat emas, satu perak dan satu gangsa, namun tidak dipertandingkan dalan MSSM.

Menurut PABM, peningkatan ketara jumlah atlet kategori remaja di seluruh negara menerusi anjuran Kejohanan Angkat Berat Bakat Kebangsaan telah menarik penyertaan sehingga 250 orang atlet bagi kategori Youth dan Junior B-18.

Mereka ini kumpulan atlet berbakat besar dan berpotensi untuk diketengahkan. Namun, sebahagian besar atlet ini masih belum mempunyai laluan pertandingan yang tersusun dalam sistem sukan sekolah.

Juara kategori 60kg yang merupakan penyumbang pertama Sukan Komanwel Glasgow, Mohamad Aniq Kasdan, misalnya bermula di peringkat sekolah lagi sebelum mengembangkan bakatnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Uda Utama, Johor Bahru, dan memenangi pingat pertamanya pada usia 15 tahun di Sarawak.

Lantaran itu, PABM percaya penyertaan dalam MSSM akan menyediakan platform yang lebih luas, terancang dan berterusan untuk mengenal pasti serta membangunkan bakat dari peringkat sekolah.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video