Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Anda tanya Hamidin sendiri ada ugut jangan bawa ke CAS -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

FAM

Ada halangan daripada FIFA sekat hajat FAM ke CAS?

Ada ugutan daripada individu-individu tertentu dalam Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?

Advertisement

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan terdapat cubaan untuk mensabotaj usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membela nasib bola sepak negara ekoran isu dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan.

Terdahulu, FAM telah berkongsikan telah menghantar rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). CAS menetapkan bahawa pihak peguam yang mewakili FAM mempunyai tempoh 10 hari sehingga 18 Disember 2025 untuk mengemukakan hujahan bertulis lengkap.

Dalam satu sidang wawancara TMJ bersama penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini, baginda menceritakan tentang cubaan menafikan hak bola sepak Malaysia di peringkat perbicaraan tertinggi sukan itu.

Katanya, arahan itu didakwa disampaikan kepada Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidi Mohd Amin.

"Tetapi dia tak nak kita pergi ke CAS kerana dia cakap sendiri kepada bekas presiden (Hamidin) jangan pergi ke CAS.

"Awak boleh tanya kepada Tan Sri Hamidin sendiri jangan bawa ke CAS, ada juga ugut kalau bawa juga ke CAS akan kena gantung atau hukuman lebih teruk.

"Kita akan pergi, kalah menang belum tentu.

"Dia bukan kata tak bagi pergi, tapi kalau boleh jangan pergi ke CAS," katanya.

Must Watch Video