Skip to main content

Bola Sepak

Anda perlu hubungi saya dulu -- Jurgen Klopp nafi khabar angin bakal kemudi Real Madrid, Atletico

klopp

Bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menafikan khabar angin dirinya bakal mengendalikan Real Madrid mahupun Atletico Madrid seperti yang tular baru-baru ini.

Jurulatih kelahiran Jerman berusia 58 tahun itu menjelaskan tiada sebarang panggilan daripada dua kelab gergasi Sepanyol itu yang kononnya mahukan khidmatnya.

Advertisement

"Khabar angin mengenai Real Madrid dan Atletico Madrid menjengkelkan. Tiada sesiapa yang menghubungi saya untuk mengadakan rundingan.

"Maafkan saya tetapi mereka perlu hubungi saya sebelum boleh berkata apa-apa, tapi ia tidak berlaku.

"Semua berita yang keluar mengarut.

 

 

 

 

 

"Mereka tidak menghubungi saya mahupun ejen saya walaupun sekali. Maaf Madrid, anda perlu menghubungi saya terlebih dahulu." katanya.

Untuk rekod, kejayaan termanis Klopp ketika mengendalikan Liverpool adalah ketika memacu The Reds muncul juara Liga Juara-Juara (UCL) pada 2019 selain merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tahun berikutnya.

Liverpool juga memenangi dua kali Piala EFL (2022,2024) Piala Dunia Kelab (2019), UEFA Super Cup (2019) dan Piala Perisai Komuniti.

Must Watch Video