Seluruh dunia berdebar-debar menantikan siaran langsung 'free solo climb' Alex Honnold dari Amerika Syarikat, yang berazam hendak menawan Taipei 101 tanpa harness dan tanpa tali, salah satu bangunan paling tinggi di dunia.
Akan tetapi detik bersejarah itu terpaksa ditangguhkan akibat cuaca buruk.
Advertisement
Taipei 101 yang berketinggian 508 meter, pernah menjadi menara tertinggi dunia dari tahun 2004-2010. Pada 2004, menara itu ditawan oleh atlet dari Perancis iaitu Alain Robert namun ketika itu dengan penggunaan tali keselamatan.
20 tahun kemudian, bangunan yang sama ditawan oleh anak Malaysia yang juga kini tower runner nombor satu dunia, iaitu Soh Wai Ching. Biarpun sukan yang berbeza, namun catatan masa Soh Wai Ching di Kejuaraan Dunia Tower Running 2024 itu mencuri perhatian dunia dengan menamatkan saingan dalam masa 18 minit 36.62 saat, justeru dinobatkan selalu Juara Dunia 2024.
Diharapkan sejarah sekali lagi dilakar di menara ikonik Taipei 101 tahun ini menerusi Alex Hannold, tapi apa yang lebih penting adalah semoga semuanya selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.