Skip to main content

Bola Sepak

Amri Yahyah kini bergelar ejen hartanah, dikenali sebagai 'ejen Wak Am'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amri yahya

Tidak seperti bekas pemain bola sepak lain yang rata-ratanya memilih untuk menjadi jurulatih atau hos rancangan sukan, Amri Yahyah lebih selesa melebarkan sayapnya ke industri hartanah.

Perkongsian di laman sosial sebuah syarikat hartanah, Vigor Properties Malay Wing baru-baru ini mengesahkan Amri kini merupakan seorang ejen hartanah yang terlatih dalam menguruskan urusan pembelian atau sewaan hartanah dibawah syarikat itu.

Advertisement

Apa yang mencuri perhatian dalam video berdurasi hampir empat minit yang dikongsikan syarikat hartanah itu adalah lagak bersahaja Amri yang kelihatan tidak kekok ketika menerangkan setiap fungsi serta kelebihan hartanah yang merupakan sebuah kediaman yang sedia untuk menerima pemilik baharu.

Siapa sangka, seorang atlet profesional yang menghabiskan separuh daripada usianya berlatih dan bermain bola sepak di atas padang, memiliki bakat dan minat yang jauh kaitannya dengan sukan, mahu pun bola sepak itu sendiri.

Kepada yang berhasrat untuk mendapatkan rumah di sekitar Lembah Klang, bolehlah berurusan dengan Amri atau kini juga dikenali sebagai ejen Wak Am dengan kadar segera kerana kediaman yang baru sahaja selesai proses renovasi itu, mendapat perhatian ramai.

Kalau terlepas peluang ini, kenalah ikut rapat perkembangan ejen Wak Am untuk kediaman lain yang menarik.

Must Watch Video