Skip to main content

Berbasikal

Amirull Fakhrudin ketuai 15 pelumba elit Terengganu Cycling Team, Aiman Rosli sasar tawan LTdL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tsg

Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) hari ini melancarkan skuad musim 2026 dengan beberapa nama baharu turut diperkenalkan.

Menariknya, pemenang pingat gangsa Sukan SEA Thailand 2025, Nur Amirull Fakhrudin Mazuki, telah diberikan tugas sebagai kapten untuk mengetuai 15 pelumba elit merangkumi lapan pelumba tempatan dan tujuh pelumba import.

Advertisement

"Untuk tahun ini saya dan pasukan akan lakukan yang terbaik serta capai sasaran yang diberikan," katanya.

 

 


Sementara itu, tumpuan juga terarah kepada juara berbasikal lebuhraya kebangsaan 2025, Nur Aiman Rosli, yang mewakili TSG buat tahun ketiga berturut-turut, dengan impian Aiman hanya satu, iaitu untuk menggegar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 seperti yang dia lakukan pada tahun lepas.

"Ini tahun ketiga buat Aiman, Aiman harap dapat lakukan yang terbaik dan sasaran dapat menang LTdL lagi. Itu idaman, saya harap dapat buat terbaik tahun ini," jelas Aiman.

Dalam pada itu, TSG juga mengambil kesempatan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada pakar pecut mereka, Harrif Saleh, yang sebelum ini sudah menyatakan saingan LTdL 2025 sebagai aksi terakhirnya sekali gus menutup karier gemilangnya selepas 16 penampilan di LTdL.

 

Must Watch Video