Skip to main content

Berbasikal

Amir Mustafa pasang harapan tinggi buat kem berbasikal trek endurance negara menuju ke Sukan Asia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lima

Jurulatih berbasikal trek endurance negara, Amir Mustafa Rusli, meletakkan harapan lebih tinggi pada tahun 2026 susulan persembahan terbaik ditonjolkan anak buahnya di temasya Sukan Sea Thailand 2025 pada Disember lalu.

Amir mahukan anak buahnya mengambil peluang merebut mata ranking di Siri Berbasikal Trek ASEAN atau Piala Presiden 2026 demi melayakkan diri ke kejohanan besar dibawah UCI sekali gus menjadi medan persiapan terbaik ke temasya Sukan Asia.

Advertisement

"Bagi saya tahun ini agak sukar kerana kita mempunyai dua temasya besar iaitu Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia.

"Kita perlu mendapat kedudukan empat terbaik di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) serta sepuluh terbaik di Piala Dunia bagi melayakkan diri ke kedua-dua temasya tersebut," jelasnya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

Amir yang menyedari tumpuan diberikan kepada kem endurance negara ketika ini menyifatkan mereka berada di landasan tepat dengan barisan pelumba muda bersedia meletakkan sasaran bersaing di pentas tertinggi.

"Di Sukan Sea tempoh hari kita boleh lihat pelumba muda kita - Lau New Joe dan juga kita ada pelumba yang berpengalaman seperti Abdul Azim, Yusri Shaari dan Afiq Jafri yang kita tahu pencapaian mereka amat memberangsangkan," tambah Amir Mustafa Rusli.

Must Watch Video