Skip to main content

Advertisement

Berbasikal

Amarjit kekal Presiden PKBM sehingga 2030

PKBM

Datuk Amarjit Singh Gill terus melakar sejarah apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk penggal 2026-2030.

Pertembungan jawatan Timbalan Presiden PKBM untuk penggal 2026-2030 pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Naib Presiden iaitu Norazman Datuk Abu Samah dari Melaka dan Mohd Saiful Abdul Jalil (Putrajaya).  

Advertisement

Sementara itu, bagi posisi Naib Presiden PKBM, lapan individu akan bertanding merebut lima kerusi yang dipertandingkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemilihan persatuan tersebut.

1) Firdaus Arshad (Kuala Lumpur)
2) Norhazlee Md Zaki (Kelantan) 
3) Irawan Datu’ Sudarsono (Sarawak)
4) Muhammad Firdaus Dawod @ Daud (Johor),
5) M Rezal Abu Bakar (Terengganu)
6) Yong Wee Kiat (Selangor)
7) SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol (PDRM)
8) Omar Saad (Kedah) 

Must Watch Video