Skip to main content

Badminton

Allianz Super 100 gelanggang pendedahan awal peringkat dunia

rrrf

Pemain muda badminton dari 17 buah negara bakal berentap dalam Kejohanan Allianz Super 100 yang akan berlangsung pada 13 hingga 18 Oktober depan.

55 pemain muda berbakat negara juga akan turut bersaing pada kejohanan tersebut bagi merebut peluang memburu kejuaraan kali ini selain beberapa pemain ternama termasuk pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo, Anthony Ginting.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, kejohanan ini adalah platform terbaik bagi memberi ruang kepada skuad pelapis muda negara mengetengahkan bakat mereka untuk pergi lebih jauh dalam sukan badminton.

"Selepas Program Badminton Remaja Allianz seumpamanya, kejohanan ini amat bermakna buat badminton di Malaysia.

"Kejohanan Super 100 ini merupakan pentas pendedahan untuk atlet yang sedang meningkat naik dari serata dunia, jadi ini satu perkembangan yang sangat sihat," katanya.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyambut baik usaha dan kerjasama yang ditonjolkan Allianz yang terus menghulurkan sokongan bagi membantu pembangunan sukan badminton tanah air.

Timbalan Presiden Satu BAM, Datuk V Subramaniam, percaya usaha berterusan Allianz memberi ruang yang besar kepada pemain muda negara untuk menggilap bakat, sekali gus merancakkan lagi usaha pencarian potensi baru pelapis badminton negara.

Malah, ia memberi peluang kepada pemain untuk mencabar diri sendiri serta meningkatkan keyakinan dalam meneruskan perkembangan perjalanan mereka sebagai atlet.

"Terima kasih atas sokongan Allianz dalam usaha melahirkan pemain berkualiti," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement