Skip to main content

Bola Sepak

Allahyarham sangat komited dengan tugasan -- Dr. Zaidi kenang jasa bekas pegawai perubatan Harimau Malaya

fa

Hari ini warga bola sepak dikejutkan dengan pemergian bekas pegawai perubatan skuad kebangsaan, Profesor Dr. Abdul Halim Mokhtar, yang meninggal dunia semalam.

Allahyarham yang banyak mengabdikan diri dalam perubatan sukan, menjadi antara tunjang utama skuad senior negara ketika era mendiang B. Satiananthan dan Datuk K. Rajagobal dengan tempoh perkhidmatan selama lima tahun sebelum tanggungjawab itu di ambil alih oleh rakan seperjuangan Dr. Mohd Zaidi Saleh.

Advertisement

"Sebenarnya saya mengambil alih pasukan kebangsaan daripada dia, dia dan FAM dalam lima tahun sebelum dapat naik pangkat dan saya masuk dalam FAM.

"Saya kenali beliau agak lama, dia masih lagi dalam komuniti FAM. Saya dengan dia sudah 20 tahun lebih, dia sangat komited dengan tugasan selain perancangan yang daripada dia kami lakukan dalam FAM serta skuad kebangsaan."kata bekas pegawai perubatan Harimau Malaya, Dr. Mohd Zaidi Saleh.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara yang turut dihadiri rakan seperjuangan dan keluarga termasuk balu dan lima orang anak Allahyarham.

Topik Berkaitan

Must Watch Video