Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Alaves cari pengganti Facundo Garces

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alaves

Kelab La Liga, Deportivo Alavés kini dilaporkan sedang giat memburu pemain pertahanan tengah baharu pada jendela perpindahan ini bagi menampung keperluan skuad kendalian Eduardo Coudet.

Langkah ini diambil susulan krisis di bahagian benteng pertahanan, terutamanya selepas hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas pemain warisan Harimau Malaya, Facundo Garcés sejak September lalu.

Advertisement

Garcés merupakan antara tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan selain denda, susulan isu pemalsuan dokumen.

Skuad Babazorro kini sedang fokus sepenuhnya menghadapi permulaan tahun 2026, dengan perlawanan menentang Real Oviedo di Stadium Mendizorroza dijadualkan berlangsung pada 4 Januari depan.

 

 

 

Ketiadaan Garcés memaksa pengurusan sukan kelab untuk meninjau pasaran bagi mendapatkan tenaga baharu di posisi pertahanan, walaupun gandingan Nahuel Tenaglia dan Jon Pacheco telah mempamerkan prestasi yang konsisten dalam kesebelasan utama.

Menurut laporan Diario Marca, Alavés telah memulakan pencarian bek tengah sejak hukuman ke atas Garcés diumumkan secara rasmi.

Kekurangan pilihan di posisi tersebut menyukarkan Coudet untuk melakukan sistem penggiliran pemain yang lebih efektif, selain keadaan menjadi lebih mendesak apabila Nikola Maras dilaporkan bakal meninggalkan kelab pada Januari ini.

Pemain tersebut dikatakan tidak lagi berada dalam perancangan jurulatih selepas gagal merekodkan sebarang minit permainan atau disenaraikan dalam skuad perlawanan musim ini.

Ketika ini, Alavés berada di kedudukan ke-14 liga dengan mengumpul 18 mata, hanya berkelebihan tiga mata dari zon penyingkiran selepas tewas besar kepada Osasuna, Sabtu lalu. - Sinar Harian

Must Watch Video