Dua bintang Selangor, Faisal Halim dan Quentin Cheng, berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya merangkul anugerah individu dalam Liga M Awards di Auditorium Seri Angkasa malam tadi.
Tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, melakar detik istimewa apabila dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik, sekali gus meraih trofi individu pertamanya selepas empat kali tercalon sejak edisi 2020, 2021, 2022 dan 2023.
“Trofi yang cukup bermakna terutamanya selepas musim yang mencabar untuk saya bangkit hingga ke tahap ini.
"Ia bukan mudah, tapi saya cuba sedaya upaya, bekerja keras untuk tolong pasukan dan Alhamdulillah atas kejayaan trofi malam ini.
Kejayaan ini sudah tentu untuk semua penyokong Selangor dan keluarga saya,” katanya.
Pertahanan Gergasi Merah itu pula memastikan trofi dalam genggaman apabila menamatkan penantian untuk merangkul gelaran Pertahanan Terbaik buat julung kali selepas tiga kali tercalon sejak edisi 2021.