Skip to main content

Sukan Lain

Akan datang, Hyrox di Malaysia 2026!

Hyrox

Hyrox -- acara perlumbaan kecergasan yang semakin popular dan mendapat pengikutnya di seluruh dunia.

Trend atau minat? Jika trend sekali pun, ia adalah trend yang menjadi lebih-lebih lagi di kalangan rakyat Malaysia. Selain acara larian yang juga semakin mendapat perhatian ramai kerana ia aktiviti yang perlukan komitmen dan mendorong ke arah ‘healthy lifestyle’.

Mana tidaknya, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang apabila mendapat perkhabaran bahawa acara berprestij itu akan berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) hujung tahun ini. Penganjuran HYROX Kuala Lumpur juga merupakan sebahagian daripada kerjasama strategik antara AirAsia dan HYROX Asia Pasifik.

Berdasarkan pemerhatian, ramai atlet yang sanggup berkorban masa, tenaga dan perbelanjaan wang ringgit termasuklah pembayaran tempat tinggal, kapal terbang, makanan dan yuran kemasukan acara untuk berada di negara yang menganjurkan acara ini seperti Singapura, Indonesia, bahkan Korea.

Ini juga peluang buat rakyat Malaysia yang bakal berentap dalam acara yang julung kalinya dilakukan di Malaysia ini untuk bersiap siaga, daripada segi persiapan khasnya kerana bakal menempuhi cabaran yang mrnggabungkan elemen larian, dan latihan fungsional serta stesen senaman yang menguji kekuatan, ketahanan fizikal serta daya mental.

Terbuka kepada amatur, atlet elit dan yang sudah berpengalaman. Walaupun ramai yang teruja dengan penganjuran ini, ambil juga perhatian dalam merialisasikan target ‘personal best’ dan elak daripada dikenakan penalti asbab kesilapan teknik ataupun tidak mematuhi peraturan ringkas yang diberikan.

Buat yang berjuang mewakili Malasia -- Selamat maju jaya dan terima kasih atas usaha anda dalam mengharumkan nama negara!

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video