Pelumba berbasikal negara, Nur Aisyah Zubir, diiringi semangat dan aspirasi baru demi mengukir kejayaan di peringkat tertinggi dunia musim 2026.
Pelumba versatil itu mengikuti kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Australia sebelum mewarnai Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Filipina bulan lalu.
Advertisement
Pelumba kelahiran Terengganu yang juga merupakan Olimpian negara itu menyerlahkan potensi besar dalam dirinya apabila menamatkan saingan perlumbaan mata elit di ACC Filipina di tempat ketujuh.
Sementara itu, Aisyah bakal beraksi dalam dua acara di Piala Dunia UCI 2026 di laman sendiri bermula 24 April hadapan -- dengan acara elimination race dan omnium punya perancangan tersendiri untuk mencipta impak diinginkannya.
Aisyah cukup sinonim dengan kekuatan daya ketahanan fizikalnya baik ketika saingan lebuhraya mahupun di trek velodrom -- tidak gentar dengan perbezaan saiz fizikal pencabarnya kelak.
Ini kerana, acara elimination race menuntut setiap pelumba beraksi dalam kelompok pelumba yang ramai dan terdedah dengan risiko dihimpit sepanjang perlumbaan.