Atlet pecut muda negara, Aiman Ikhwan Yahya, berjaya meraih gelaran raja pecut Asia Tenggara (ASEAN) bawah 20 tahun (B-20) selepas larian 10.51 saat (s) dalam final 100 meter (m) pecut Kejohanan Olahraga ASEAN B-18 & B-20 2026, yang berlangsung di Pathum Thani, Thailand.
Aiman berjaya menewaskan cabaran atlet tuan rumah, Wirayut Daenkhanob, (10.63s) manakala di tempat ketiga pula menjadi milik satu lagi wakil negara, Danish Irfan Tamrin (10.66s).
Namun, rekod yang dilakukan Aiman ini jauh daripada rekod Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dipecahkannya dalam Kejohanan Olahraga MSSM 2025 di mana dia berjaya membuat 10.40s.
Kejohanan Olahraga ASEAN B18 & B20 2026 berlangsung bermula pada 6 November dan akan berakhir pada esok.