Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir, Kejohana Badminton Terbuka Vietnam 2026 di Stadium Nguyen Du, sebentar tadi.
Wakil negara itu menewaskan pilihan kelima kejohanan dari China, Dong Tian Yao, menerusi aksi straight set, 21-18,21-17 dalam tempoh 42 minit.
YONEX SUNRISE Vietnam Open 2026
MS - QF
21 21 🇲🇾Sholeh AIDIL🥇
18 17 🇨🇳DONG Tian Yao
🕚 in 42 minutes— BWFScore (@BWFScore) September 11, 2026
Menanti Aidil dalam pusingan separuh akhir nanti adalah Minoru Koga dari Jepun ataupun wakil tuan rumah, Nguyen Hai Dang, dalam kejohanan berstatus Super 100 itu esok.