Perseorangan badminton profesional negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, menjawab khabar angin yang bertebaran mengenainya dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Aidil Sholeh menafikan cerita yang menyatakan badan induk itu ada memanggilnya untuk bergabung semula.
Namanya kembali menjadi bualan hangat selepas menjuarai gelaran Terbuka Vietnam hujung minggu lalu dengan menewaskan pemain di ranking ke 33 dunia dari Singapura, Jason Teh.
"Walaupun kejuaraan super 100, saya sangat gembira dengan kejayaan ini hadir selepas tiga percubaan final.
"Latihan dan usaha saya tidak akan berubah.
"Buat masa ini saya kekal sebagai pemain profesional, tidak masuk BAM balik," katanya di Nadi Arena.
Fokusnya selepas ini adalah untuk merangkul gelaran seterusnya dalam Allianz Malaysia yang bertaraf super 100, bulan depan.
"Mutu permainan saya di Vietnam bagus, saya beroleh keyakinan dan menumbangkan beberapa lawan yang di ranking lebih baik," katanya.