Skip to main content

Sepak Takraw

Ahmad Zaffry anggap langkah hantar skuad kedua ke Piala Raja Thai 2026 adalah tepat

ada

Pengurus skuad sepak takraw negara, Datuk Ahmad Zaffry Sulaiman, menyifatkan keputusan untuk menghantar skuad kedua Malaysia ke Kejohanan Piala Raja Thai 2026 sebagai langkah tepat.

Dia berkongsikan selain memberikan peluang kepada barisan pemain muda untuk membuktikan kemampuan di pentas antarabangsa, situasi itu secara tidak langsung membolehkan skuad utama negara fokus mempersiapkan pasukan menuju ke temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadualkan berlangsung September depan.

Dia turut percaya Malaysia bakal berdepan tugas lebih berat di Jepun tatkala musuh tradisi, Thailand pastinya turun dengan misi balas dendam selepas dikecewakan dalam acara regu berpasukan di temasya Sukan SEA 2025 dan Piala Dunia ISTAF 2026 Mei lalu.

"Saya rasa ini adalah strategi yang baik kerana kita memberikan mereka cukup masa untuk rehat agar mereka (pemain) berada pada tahap terbaik untuk hadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

"Kita risau bila mereka sertai banyak pertandingan, sampai kemuncak Sukan Asia akan berlaku kecederaan dan perkara yang tidak kita ingini. Saya rasa ini strategi yang baik'.

"Thailand akan lakukan segala yang termampu untuk raih semua pingat Emas, balas dendam kekalahan di Sukan SEA 2025 dan juga Piala Dunia ISTAF 2026.

"Saya pasti tugas kita adalah berat untuk menandingi Thailand tetapi kita akan berusaha sedaya upaya. Kita akan pastikan kemuncak sukan ini adalah milik kita." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video