Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Tersingkir, Menteri Sukan Gabon jatuh hukuman penggantungan kepada kapten dan jurulatih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON: Menteri Sukan Gabon jatuh hukuman kepada kapten, jurulatih kerana pasukan tersingkir

Kerajaan Gabon telah menggantung pasukan kebangsaan, menggantung penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang dan memecat jurulatih, Thierry Mouyouma selepas mereka tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Menteri Sukan, Simplice-Desire Mamboula, mengumumkan langkah-langkah tersebut selepas kekalahan 3-2 kepada Ivory Coast pada 31 Disember.

Advertisement

Gabon menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan mereka di Maghribi selepas tewas kepada Cameroon dan Mozambique sebelum ini, persembahan yang digambarkan oleh Mamboula sebagai 'memalukan'.

Beliau berkata, "Memandangkan persembahan memalukan Panthers di Piala Negara-Negara Afrika, kerajaan telah memutuskan untuk membubarkan kakitangan kejurulatihan, menggantung pasukan kebangsaan sehingga diberitahu kelak, dan mengetepikan pemain Bruno Ecuele Manga dan Pierre-Emerick Aubameyang."

Gabon, yang yang sudah mengetahui mereka tersingkir daripada AFCON sebelum perlawanan menentang Ivory Coast, melepaskan pendahuluan dua gol di Marrakech.

Bekas penyerang Arsenal dan Chelsea, Aubameyang, tidak bermain dalam perlawanan terakhir kumpulan selepas kembali ke Marseille untuk rawatan akibat kecederaan paha.

Ia merupakan satu kebiasaan kerajaan Afrika membubarkan pasukan kebangsaan selepas keputusan yang mengecewakan, namun ia semakin jarang berlaku sejak FIFA menjadi lebih tegas tentang campur tangan kerajaan.

Must Watch Video