Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Senegal dinobat juara dalam final penuh drama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Senegal Afcon

Senegal sempat meninggalkan padang sebagai tanda protes sebelum kembali untuk menewaskan tuan rumah, Maghribi, 1-0 selepas masa tambahan final penuh drama Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stadium Prince Moulay Abdellah awal pagi tadi.

Pemain tengah, Pape Gueye, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 selepas bintang Maghribi, Brahim Diaz, mensia-siakan peluang keemasan tuan rumah apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti saat-saat akhir selepas perlawanan itu terhenti sekitar 14 minit.

Advertisement

Jurulatih Senegal, Pape Bouna Thiaw, mengarahkan pemainnya keluar dari padang sebelum bintang utama mereka, Sadio Mane, berhasil memuju mereka untuk kembali bermain.

Penalti itu diberikan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) dilakukan Congo Jean-Jacques Ndala mendapati Diaz ditarik jatuh oleh bek sayap Senegal, El Hadji Malick Diouf, susulan satu situasi sepakan sudut.

Kekecohan berlaku apabila pemain kedua-dua pasukan mula tolak-menolak dalam situasi yang cukup tegang dan pemain Senegal pula memilih untuk meninggalkan padang.

Setelah perlawanan kembali bersambung, sepakan penalti ala Panenka yang dilakukan Diaz mengundang padah apabila ia mudah diselamatkan penjaga gol, Edouard Mendy.

Gueye kemudian muncul wira Senegal dalam masa tambahan, di mana jaringan kemenangannya itu turut memberikan Maghribi kekalahan pertama selepas rentetan 27 kemenangan berturut-turut di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan kejuaraan kedua Senegal sepanjang tiga edisi terakhir Kejohanan itu.

 

Must Watch Video