Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Nigeria raih tempat ketiga, Salah kempunan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nigeria AFCON

Penjaga gol, Stanley Nwabali, memainkan watak wira dengan menyelamatkan dua sepakan, termasuk daripada Mohamed Salah, ketika Nigeria menewaskan Mesir 4-2 dalam penentuan sepakan penalti perebutan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) awal pagi tadi.

Dalam perlawanan di Casablanca itu, Ademola Lookman menjaringkan sepakan penalti kemenangan untuk memastikan pasukannya membawa pulang pingat gangsa.

Advertisement

Sepakan penalti Salah dan Omar Marmoush diselamatkan Nwabali selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit, di mana tiada masa tambahan diperuntukkan untuk penentuan berkenaan.

Ia merupakan penentuan sepakan penalti kedua berturut-turut buat Super Eagles selepas tewas kepada Maghribi dalam aksi separuh akhir pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Maghribi dan Senegal akan bertemu bagi penentuan gelaran awal pagi esok.

 

Must Watch Video