Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Nigeria nafi Osimhen merajuk tinggalkan pasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

Seorang pegawai tertinggi Persekutuan Bolasepak Nigeria (NFF) menafikan khabar angin bahawa penyerang Super Eagles, Victor Osimhen, akan meninggalkan kem Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 yang sedang berlangsung di Maghribi.

Beberapa laporan semalam mendedahkan Osimhen mengugut akan meninggalkan kem kebangsaan di pertengahan saingan itu dan menuju ke Turki.

Advertisement

Bagaimanapun, pegawai NFF tersebut menjelaskan kekeruhan itu telah pun dijernihkan.

"Isu ini telah diselesaikan sebagai sebuah keluarga," ulasnya.

 

Ketegangan itu berlaku pada minit ke-63 dengan Osimhen dilihat kecewa selepas Lookman gagal memanfaatkan dua peluang terhidang ketika mereka mencipta kemenangan 4-0 ke atas Mozambique untuk meraih tiket ke suku akhir. Rakaman menunjukkan Osimhen telah mengadu kepada kapten, Wilfred Ndidi, sambil menjerit kerana tidak berpuas hati.

Osimhen kemudian meminta untuk digantikan dan diejek oleh peminat apabila Moses Simon menggantikannya.

Begitupun, Lookman menangani khabar angin itu dengan menyiarkan gambar di Instagram bersama-sama Osimhen dan Bruno Onyemaechi di padang selepas kemenangan itu, dengan kapsyen berbunyi:

“Sentiasa bersama.”
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video