Victor Osimhen membintangi kejayaan Nigeria menjadi pasukan kedua layak ke pusingan kalah mati Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas Mesir apabila meraih kemenangan 3-2 ke atas Tunisia di Stadium Fez awal pagi tadi.
Super Eagles kelihatan akan memperoleh kemenangan mudah ketika mendahului 3-0 hasil jaringan Osimhen, Wilfred Ndidi dan Ademola Lookman, masing-masing pada minit ke-44, 50 dan 67.
Advertisement
Bagaimanapun, Tunisia ternyata bukan pasukan yang mudah mengalah untuk melepaskan kedudukan teratas Kumpulan C berkenaan apabila Montassar Talbi dan Ali Abdi berhasil memperoleh jaringan untuk merapatkan kedudukan.
Bahkan, Tunisia memperoleh dua peluang berharga sepanjang tujuh minit waktu kecederaan tetapi tandukan ketua pasukan, Ferjani Sassi, dan percubaan pemain gantuan, Ismael Gharbi, tidak tepat ke sasaran.
Dengan kemenangan itu, Nigeria kini mengumpulkan enam mata selepas dua perlawanan, diikuti Tunisia dengan tiga mata, selain Tanzania dan Uganda, masing-masing dengan satu mata.