Algeria mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) apabila menewaskan Burkina Faso 1-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan E di Stadium Moulay Hassan, Maghribi awal pagi tadi.
Advertisement
Gol tunggal daripada sepakan penalti bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez, memastikan kemaraan awal itu selepas mereka membenam cabaran Sudan 3-0 dalam aksi pertama pada Rabu lalu.
Algeria layak selepas mengumpulkan enam mata daripada dua perlawanan berbaki aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Equatorial Guinea pada Khamis ini.
Burkina Faso dan Sudan pula akan bertembung untuk merebut satu lagi slot kemaraan daripada kumpulan berkenaan.