Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Cameroon singkir Afrika Selatan untuk mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON: Cameroon singkir Afrika Selatan untuk mara ke suku akhir

Jaringan dalam setiap separuh masa oleh Junior Tchamadeu dan Christian Kofane membenarkan Cameroon melangkah ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan menyingkirkan Afrika Selatan 2-1.

Tchamadeu membuka jaringan pada minit ke-34 di Stadium Al-Medina di Rabat, dan penyerang muda Bayer Leverkusen, Kofane menanduk masuk gol kedua yang bertindak sebagai gol kemenangan dua minit selepas perlawanan bersambung.

Advertisement

Kebangkitan di penghujung permainan menyaksikan Afrika Selatan berjaya mendapatkan satu gol menerusi Evidence Makgopa namun ia tidak mampu menghalang Cameroon melangkah ke suku akhir.

Melangkah ke suku akhir cukup bermakna buat Cameroon susulan kekecohan yang berlaku sebelum kejohanan bermula di mana Samuel Eto’o, Presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon, memecah jrulatih Marc Brys, dan melantik David Pagou sebagai pengganti.

Topik Berkaitan

Must Watch Video