Skip to main content

Bola Sepak

AFCON: Amad Diallo rendah diri diangkat Pemain Terbaik Perlawanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

AFCON

IVORY COAST 3 BURKINA FASO 0

Amad Diallo yang menjaringkan gol yang memukau dan mencipta gerakan jaringan ketika Ivory Coast membenam Burkina Faso 3-0 di Grand Stade de Marrakech, awal pagi tadi, diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.

Advertisement

Dalam sidang akhbar selepas membawa The Elephants ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025, pemain sayap Manchester United itu sebaliknya mengatakan kejayaan juara bertahan tersebut hadir menerusi kekuatan kolektif.

"Pertama, kami cuba berjuang, semua orang cuba menyumbang kepada pasukan. Dan kemudian kami mempunyai semangat setiakawan di padang. Kami sangat rapat, ia memudahkan situasi di atas padang," katanya.

"Kami tidak mementingkan diri sendiri, semua orang saling memberi hantaran, tiada siapa yang mahu bersinar bersendirian.

"Jika saya berpeluang untuk memberi hantaran kepadanya, saya juga memberi hantaran kepadanya. Jika dia berpeluang untuk memberi hantaran kepada saya, dia juga memberi hantaran kepada saya. Itulah yang membentuk sebuah pasukan yang hebat. Kita perlu maju bersama-sama untuk memenangi pertandingan ini. Ia bukan hanya memerlukan seorang pemain bintang, ia memerlukan seluruh pasukan di padang."

Ivory Coast berdepan tugas getir apabila berdepan rintangan juara tujuh kali, Mesir di peringkat seterusnya, awal pagi Ahad ini.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video