Jaringan tenang penyerang Manchester United, Amad Diallo, memberikan kemenangan kepada juara bertahan, Ivory Coast ke atas Mozambique dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 di Marrakech.
The Elephants, yang menyasarkan untuk menjadi juara bertahan pertama sejak Mesir pada 2010 yang mengekalkan gelaran itu, mensia-siakan beberapa peluang pada separuh masa pertama menentang lawan di kedudukan ke-102 dalam ranking FIFA.
Advertisement
Amad memberikan kelegaan kepada pasukan kendalian Emerse Fae empat minit selepas babak kedua bersambung, memanfaatkan kealpaan jentera pertahanan untuk menyudahkan hantaran Franck Kessie.
Ivory Coast hampir menjaringkan gol kedua ketika menghampiri masa tambahan, namun Kessie gagal menggunakan peluang terhidang.
Kemenangan meletakkan Ivory Coast dalam rentak cemerlang menjelang pertemuan dengan juara lima kali Cameroon di Marrakech Ahad ini.
