Jaringan awal Karl Etta Eyong memberikan kemenangan kepada juara lima kali, Cameroon, ke atas Gabon dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 di Agadir.
Dalam pertemuan sengit antara jiran Afrika Tengah, Cameroon menetapkan rentak yang pantas sejak awal permainan.
Advertisement
Helah itu membuahkan hasil apabila Bryan Mbeumo menerima bola Samuel Kotto dan melorongkan hantaran kepada Eyong dalam kotak penalti, membolehkan penyerang Levante itu melakukan penyudah melepasi penjaga gol Loyce Mbaba.
Menyedari keperluan untuk perubahan momentum yang ketara, jurulatih Gabon, Thierry Mouyouma, menghasilkan kejutan dengan mengubah serangannya pada minit ke-33, menggantikan Teddy Averlant dan Eric Bocoum dengan Mario Lemina.
Royce Openda mempunyai peluang terbaik Gabon 18 minit sebelum tamat perlawanan, namun berjaya dinafikan Devis Epassy.
Pemain gantian Frank Magri hampir menggandakan pendahuluan Cameroon sejurus selepas itu, menanduk sepakan sudut penyerang Manchester United, Mbeumo, namun sekadar terkena palang gol.
Tamat tempoh 90 minit permainan tiga mata memihak Cameroon yang bakal turun dalam perlawanan berikutnya bertemu Ivory Coast Ahad ini.
