Konfederasi Bola Sepak Asia terus memperkukuh landskap bola sepak kelab di benua ini apabila Jawatankuasa Bola Sepak Profesionalnya meluluskan beberapa perubahan penting bagi meningkatkan standard dan daya saing pertandingan.
Mesyuarat yang dipengerusikan legenda Korea Selatan, Park Ji-sung, menyaksikan beberapa pindaan utama terhadap peraturan kemasukan dan pelesenan kelab bagi edisi akan datang.
Advertisement
Antara perubahan utama termasuk penambahbaikan kepada Peraturan kemasukan pertandingan kelab AFC (Entry Regulations), sistem pelesenan kelab (Club Licensing Regulations) serta Audit pematuhan kelab serta pemodenan sistem pelesenan
Langkah ini bertujuan memastikan setiap kelab yang bertanding memenuhi piawaian profesional yang lebih tinggi, selaras dengan visi AFC untuk memodenkan bola sepak Asia.
Perubahan ini dijangka memberi kesan langsung kepada struktur dan kualiti pertandingan seperti Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) termasuk;
i) meningkatkan tahap pengurusan kelab
ii) memastikan kestabilan kewangan dan operasi
iii) memperkukuh pembangunan pemain tempatan melalui polisi seperti pemain tempatan (homegrown players)
Selain itu, pembaharuan ini selari dengan cadangan memperluaskan saingan elit Asia kepada 32 pasukan bermula musim 2026/27, sekali gus meningkatkan daya saing dan keterlibatan lebih banyak kelab di seluruh benua.
Pendekatan baharu ini mencerminkan usaha berterusan AFC dalam menjadikan bola sepak kelab Asia lebih kompetitif di peringkat global.
Dengan penekanan terhadap tadbir urus, pematuhan dan pembangunan struktur kelab, perubahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pertandingan, malah membuka ruang kepada kelab-kelab Asia untuk berkembang sebagai entiti profesional yang lebih mampan.
Pembaharuan yang diperkenalkan AFC ini jelas menunjukkan hala tuju baharu bola sepak Asia -- lebih tersusun, lebih profesional dan lebih kompetitif.
Dalam jangka panjang, langkah ini berpotensi meningkatkan kualiti liga domestik, memperkukuh kelab, serta mengangkat reputasi bola sepak Asia di pentas dunia.
Sumber: AFC