Guillermo Ochoa merupakan merupakan nama yang cukup sinonim dengan pasukan bolasepak kebangsaan Mexico, terutama sekali di pentas Piala Dunia.
Enam penampilan di Piala Dunia, Ochoa jelas sekali dijulang selaku legenda dan ikon bolasepak yang cukup menjadi kebanggaan rakyat Mexico.
Walaupun Piala Dunia kali ini mempertaruhkan Raul Rangel selaku penjaga gol utama, namun jasa Ochoa sejak Piala Dunia Jerman 2006 masih menjadi sebutan di kalangan penyokong El Tri.
Akan tetapi, perjuangan Mexico tamat di pusingan 16 terbaik, dengan dendangan dan pujian dari bukan sahaja rakan sepasukan tetapi para penyokong yang turun ke stadium.
Penampilan pertama “Memo” Ochoa juga di stadium yang sama, menjadikan momen perpisahan ini lebih mendalam dan signifikan buat legenda berusia 40 tahun itu.
Dalam aksi berdepan England pada Isnin, El Tri ditunjuk jalan keluar dari saingan Piala Dunia oleh The Three Lions di Stadium Azteca, apabila England catat kemenangan 3-2 ke atas Mexico.