Skip to main content

Bola Sepak

Adam Gemili bersara sebagai pelari pecut, ubah karier bersama Chelsea

adam

Juara 200m Kejohanan Eropah, Adam Gemili umum persaraan dalam dunia olahraga dan kini beralih foku sebagai jurulatih kelajuan bagi pasukan bangsawan Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

Gemili yang miliki rekod terpuji dalam arena larian pecut rantau Eropah dan dunia itu mengambil keputusan untuk menamatkan karier sebagai atlet namun bukan di bidang sukan.

Advertisement

Menerusi hantaran di laman instagram peribadinya, Gemili menzahirkan rasa terujanya sepanjang bergelar atlet olahraga Great Britain dan berterima kasih atas setiap sokongan dan kasih sayang daripada semua pihak.

Namun dia masih mahu menabur bakti dalam arena sukan dengan kini beralih karier selaku jurulatih kepantasan.

Atlet berusia 32 tahun itu sebelum ini pernah bersama Chelsea selaku pemain pelapis namun meneruskan minat dalam dunia sukan ke arena olahraga sehingga terpilih membarisi Team GB di pentas sukan Olimpik 2012 di London.

Beliau turut merasakan pengalaman dan ilmu yang dimilikinya selama bergelar atlet cukup relevan untuknya membantu pembangunan bola speak Chelsea dan berharap mampu melahirkan ramai pemain berbakat yang miliki kualiti terbaik.

Antara pencapaian terbaik Gemili sepanjang bergelar atlet pecut dunia ialah pingat emas Kejohanan Dunia 2017 dalam acara 4x100m, 4 emas Kejohanan Eropah, 2 pingat perak Sukan Komanwel juga 3 penampilan di pentas Sukan Olimpik.
 

Must Watch Video