Skip to main content

Badminton

Ada setuju, ada tak setuju, ada yang merungut -- Lee Chong Wei

h

Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, menjadikan disiplin sebagai teras utama yang perlu dimiliki bakat-bakat muda terutamanya dalam kategori perseorangan sekiranya mahu berjaya di pentas antarabangsa.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut berkongsikan aspek disiplin merupakan kunci utama yang menjadi pegangannya selepas dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Prestasi di (BAM).

"Saya rasa untuk menjadikan seseorang pemain berada di pentas antarabangsa, pertama sekali saya rasa semua orang tahu iaitu disiplin.

"Tahun lalu saya sertai BAM sebagai Jawatankuasa Prestasi, saya katakan kepada komiti bahawa saya perlu terapkan aspek ada disiplin dahulu. Ada orang setuju ada orang tak setuju, ada yang merungut.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

"Atlet terbaik dunia seperti Cristiano Ronaldo, Rafael Nadal masih lagi boleh beraksi di Piala Dunia kerana dia ada disiplin, cara dia menjaga kesihatan, pemakanan dan nutrisi mereka.

"Jika anda mahu jadi pemain terbaik lah, tak boleh tidak berdisiplin, hanya mahu bergembira, pergi minum dan duduk luar.

"Disiplin anda perlu dikekalkan untuk berada di tahap terbaik, jika anda berdisiplin, anda akan berada di tahap yang lain." katanya.

 

 

 

Info final Piala Lee Chong Wei:

Tarikh: Ahad, 6 September
Venue: Stadium Juara, Kuala Lumpur
Waktu: Bermula 8.30 pagi
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement