Mauricio Pochettino percaya Chelsea sepatutnya dilucutkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016/17 dan gelaran itu diserahkan kepada bekas pasukannya, Tottenham Hotspur, susulan denda rekod yang dikenakan terhadap The Blues kerana pelanggaran peraturan awal tahun ini.
Chelsea didenda sejumlah $14.56 juta pada bulan Mac bagi selepas secara sukarela melaporkan bahawa mereka mempunyai bukti kemungkinan pelanggaran peraturan berkaitan pembayaran pihak ketiga dan pelaporan kewangan pada tahun 2022.
EPL mendapati bahawa antara tahun 2011 dan 2018, pembayaran haram yang tidak didedahkan telah dibuat oleh pihak ketiga yang dikaitkan dengan Chelsea kepada pemain termasuk ejen tidak berdaftar.
Spurs, yang kali terakhir memenangi gelaran liga pada tahun 1961, menamatkan saingan dengan 86 mata ketika di bawah kendalian Pochettino pada musim 2016/17.
π¨ ππ₯πππππ‘π: Mauricio Pochettino believes Chelsea should be STRIPPED of their 2016/17 Premier League title and that it should instead be awarded to Tottenham.
βFor sure, we deserve to be champions for that year because we were second. The title should be for the teamβ¦ pic.twitter.com/2dlDmQqwx4β The Touchline | π (@TouchlineX) September 10, 2026
"Jika perkara itu (Chelsea melanggar peraturan) benar, maka kami sememangnya layak menjadi juara pada tahun itu. Mereka telah dihukum, mereka mengakuinya? Gelaran itu sepatutnya menjadi milik pasukan yang menduduki tempat kedua.
"Kita boleh katakan bahawa mereka menjaringkan gol dan memenangi perlawanan. Namun, adalah adil untuk mengatakan bahawa kami tidak bersaing dengan syarat yang sama sejak awal musim lagi.
"Mungkin dengan peraturan yang sama, kami boleh mendapatkan pemain yang mampu menjadikan pasukan lebih baik atau menjaringkan lebih banyak gol," katanya.