Speedy Tigers lulus ujian berdepan Bangladesh dengan kemenangan 6-1 untuk kejayaan ketiga dalam kempen Kejohanan Hoki Juara-Juara Asia (ACT) di Punjab, India petang tadi.
Skuad negara memperoleh jaringan menerusi dua jaringan Azrai Aizad Abu Kamal, selain masing-masing satu jaringan sumbangan Akhimullah Anuar Esook, Azimuddin Syakir Kamaruddin, Shello Silverius dan Nik Aiman Nik Rozemi.
Menjelang satu lagi perlawanan getir esok, ketua jurulatih negara, Brendon Carolan, mengulas mengenai persembahan anak buahnya hari ini: "Secara keseluruhan, saya rasa pemain mengawal permainan dengan cukup baik.
"Mungkin ada beberapa peluang yang boleh menghasilkan gol, tetapi saya gembira dengan persembahan mereka."