Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Siaran langsung (live streaming) Melbourne City vs JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

JDT

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengintai peluang untuk mengumpul kemenangan ketiga apabila akan bertemu gergasi Australia, Melbourne City, dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), esok.

Harimau Selatan kini menduduki tempat kedua Kumpulan A sambil berkongsi mata dengan Sanfrecce Hiroshima dan Ulsan HD, dan berada di belakang pendahulu, Vissel Kobe.

Advertisement

Skuad kendalian Xisco Munoz bertemu Melbourne City di tempat lawan bagi membawa pulang misi tiga mata penuh, sekali gus mengukuhkan kedudukan di kelompok tiga terbaik.

Untuk rekod, ini merupakan pertemuan kali pertama membabitkan kedua-dua pasukan.

ACLE: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MELBOURNE CITY VS JOHOR DARUL TA'ZIM

Tarikh: 24 November 2025
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Lokasi: Stadium AAMI Park, Melbourne, Australia
Masa: Bermula 3.00 petang

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!


 

Nike

Sepak Padu Dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video