Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menerima kunjungan juara Liga China, Shanghai Port, dalam perlawanan keenam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.
Skuad Harimau Selatan kini berada di tangga ketujuh dalam carta ACLE selepas dua kemenangan, satu kali seri dan dua kali tewas sebelum ini.
Mampukah anak buah Xisco Munoz menghadirkan kemenangan ketiga malam esok?
Sekiranya juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu mencipta kemenangan ke atas juara liga China itu, JDT masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya.
