Skip to main content

Sukan SEA

ACLE: Penjaga gol Shanghai Port dedah persiapan sebelum jumpa JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ACL2

Penjaga gol Shanghai Port, Chen Wei, yang diangkat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE)  mendedahkan persiapan ketika latihan membantunya beraksi cemerlang mengikat Johor Darul Ta'zim (JDT) tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi.

Persembahan luar biasa ditampilkannya ketika mematahkan deretan percubaan merbahaya pemain Harimau Selatan terhasil menerusi latihan intensif serta elemen keberanian yang diterapkan jurulatihnya.

Advertisement

Biarpun mengakui mereka tenggelam dalam penguasaan bola, namun Shanghai sangat berdisiplin dalam bertahan dan ketika melakukan serangan balas.

Dengan prestasi mantap serta keyakinan yang makin meningkat, penjaga gol itu berharap dapat membantu pasukan mencapai lebih banyak kejayaan dalam Liga Super China pada musim hadapan.

"Saya menjalani latihan berkeamatan tinggi dan ia sangat membantu dalam perlawanan kompetitif.

"Setiap pemain memberikan usaha terbaik dalam latihan.

"Keyakinan yang diberikan jurulatih memacu kami untuk beraksi cemerlang," katanya dalam pasca perlawanan malam tadi.

 

Must Watch Video