Kelab elit yang berpangkalan di Thailand, Buriram United, mencipta sensasi selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 selepas cemerlang menewaskan Melbourne City menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 di Melbourne, semalam.
Buriram United terpaksa bermain dengan 10 pemain seawal minit ke-20 selepas Robert Zulj diarahkan keluar padang susulan melakukan kekasaran terhadap pasukan lawan.
Advertisement
Begitupun, Melbourne City gagal memanfaatkan peluang itu sepenuhnya sehingga tamat 90 minit perlawanan.
✨𝗤𝗨𝗔𝗥𝗧𝗘𝗥-𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟𝗜𝗦𝗧𝗦 ✨
🇹🇭 Buriram United’s quest for glory continues into the #ACLElite last 8! pic.twitter.com/O1ICT9nnzV— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) March 10, 2026
Ketika masa tambahan, Melbourne pula terpaksa beraksi dengan 10 orang selepas German Ferreyra dilayangkan kad merah selepas pergaduhan hingga memaksa pengadil melakukan semakan video bantuan pengadil (VAR) untuk mengesahkan situasi itu.
Sepakan penalti menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan selepas empat pemain Buriram cemerlang menyempurnakan semua percubaan, manakala dua sepakan pemain Melbourne digagalkan Neil Etheridge untuk membawa pasukannya ke suku akhir pentas tertinggi Asia itu.