Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Kelab lain tiada apa yang dimiliki JDT -- Natxo Insa

j


"Keakraban pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bagaikan satu keluarga". Ayat ini menjadi titik kepada penggerak tindakan pantas Natxo Insa dalam menyelamatkan ahli keluarganya.

Kenyataan Natxo sebelum ini itu menjadi petanda perwatakannya di pertemuan penting pada jumaat selari dengan statusnya di lapangan.

Advertisement

Kapten dan jeneral Harimau Selatan itu membuat tindakan segera yang secara tidak langsung menimbulkan kemarahan penyokong tuan rumah, Al-Ahli, apabila dilihat  'memaksa'  pegawai perubatan untuk segera masuk ke padang.

Meskipun tindakan pantas itu wajar diberi pujian, hakikatnya pemain warisan negara tersebut dilayangkan kad kuning ekoran menjatuhkan bendera penjaga garisan akibat lambat memanggil bantuan masuk ke padang.

Semuanya bermula pada minit ke-37 berikutan kecederaan serius di bahagian kepala yang dialami Jairo da Silva berikutan sepakan akrobatik yang dilepaskan Ali Majrashi.

Hentakan di muka akibat sepakan ali tersebut menyaksikan Jairo menerima 30 jahitan di atas bibir.

Insiden ngeri itu membuatkan Natxo lari bertempiaran ketika mendesak pertolongan pegawai perubatan dengan kadar segera.

"Kami tidak bermain untuk diri sendiri.

"Kami melihat kelab ini umpama keluarga dan bukannya perniagaan.

"Kelab lain mungkin ada sejarah dan ekonomi yang lebih bagus, tapi kami mempunyai sesuatu yang tidak dimiliki orang lain dan kelab ini bagaikan sebuah keluarga," katanya.

 

Must Watch Video