Kejutan berlaku seawal perlawanan pertama Kumpulan B Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini apabila gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, tewas besar 0-4 di tangan Al-Ain di Stadium Hazza Zayed malam tadi.
Bekas naib juara Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim lalu itu mengalami antara kekalahan terburuk sambil menandakan permulaan mengecewakan dalam kancah tertinggi Asia itu.
Ia, sekali gus meletakkan skuad kendalian Ange Postecoglou itu di tempat tercorot dengan mengumpul jumlah bolos terbanyak setakat ini.
𝗙𝗧 | 🇦🇪 Al Ain FC 4️⃣-0️⃣ Al Nassr 🇸🇦
A masterclass performance from the hosts as the Rahimi brothers run rampant to secure a statement victory!#ACLElite | #AINvNSR pic.twitter.com/SkerSqa2A8— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) September 15, 2026
Cristiano Ronaldo dengan misi melengkapkan 1000 gol dalam karier terus dikritik ekoran tidak mempamerkan persembahan terbaik membantu pasukannya mengatasi cabaran wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.
Peminat tuan rumah melaungkan perang psikologi dengan menyebut nama Lionel Messi bagi mengganggu penyerang kebangsaan Portugal yang ternyata melemahkan keseluruhan pasukan.