Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT garang benam Sanfrecce Hiroshima

jdt

Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa bekalan selesa selepas menewaskan Sanfrecce Hiroshima 3-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah lebih dominan dalam babak pertama dengan sebanyak 13 rembatan dilepaskan JDT dengan lima daripadanya tepat ke menguji gawang pasukan lawan dari Jepun itu.

Advertisement

Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, namun, pertahanan Sanfrecce, Kim Ju-Sung, dilayangkan kad merah selepas mengasari Nene yang sedang membuat larian.

 

 

 

Lima minit selepas babak kedua bermula, rembatan cantik yang dilepaskan Ager Aketxe memecahkan kebuntuan di Iskandar Puteri untuk JDT mendahului 1-0, sebelum Bergson menambah derita pasukan lawan pada minit ke-63 bagi memastikan anak buah Xisco Munoz selesa mendahului 2-0.

Tidak terhenti di situ, giliran Marcos Guilherme menambah koleksi jaringan peribadinya apabila meledak gol ketiga buat JDT pada minit ke-85 sekali gus memastikan JDT membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balilk di Jepun pada 11 Mac depan.

Jaringan sulung Sanfrecce hadir menerusi Hayato Araki juga pada minit ke-85 untuk merapatkan jurang jaringan menjadi 1-3.
 

Must Watch Video