Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berkunjung ke Korea Selatan menjelang perlawanan kedua, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan Pohang Steelers di Stadium Pohang Steel Yard, Selasa ini.
Untuk rekod, JDT meraih satu mata dalam aksi sulung Kumpulan A berdepan wakil Thailand, Buriram United selepas terikat 2-2 sebelum ini.
Ayuh saksikan perjuangan skuad Harimau Selatan!